seismik

Wanita Kahwini ‘Kutu Jalanan’ Disangka Terkena Guna-guna, Rupanya Hidup Berubah Makin Baik

Banyak pengajaran boleh diambil dari kisah ini.

Cover image via Ahmad Zakimi Abdullah/ Facebook Das Abdul Global

Tidak ada sesiapa di atas muka bumi ini yang dapat menjangka apa yang bakal berlaku kepada mereka di masa hadapan kelak

Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah jika kita berhadapan dengan pelbagai dugaan seperti dalam perkahwinan, pekerjaan, percintaan dan bermacam-macam lagi.

Perlu diingati bahawa dugaan yang dihadapi itu tidak bermakna kita sedang menempuhi kegagalan dalam hidup, namun sebenarnya ia adalah pengajaran agar kita melakukan dengan lebih baik pada masa akan datang.


Seperti perkongsian yang dibuat seorang doktor bernama Ahmad Zakimi Abdullah di laman Facebook miliknya, dia menceritakan semula kisah seorang kenalannya yang telah melalui kehidupan sangat tidak dijangkakan

Berdasarkan kisah yang dikongsikan itu, dia berkata kenalan yang juga merupakan kakak angkatnya telah mengahwini seorang lelaki yang dianggap sebagai 'kutu jalanan' dan berusia jauh lebih muda daripada wanita itu.

Menurut lelaki ini, ia adalah perkahwinan kedua kakak angkatnya selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Namun apa yang mengejutkan, selepas beberapa tahun menikahi individu yang dianggap sebagai 'kutu jalanan' itu, kehidupan mereka mulai berubah malah ia juga sangat di luar jangkaan.

Untuk kisah sepenuhnya, boleh teruskan membaca di bawah:


Menurut pengguna Facebook ini, beberapa tahun sebelum itu kakak angkatnya telah mengahwini seorang insan bergelar ustaz dan ia adalah sebuah perkahwinan tanpa kerelaan yang diaturkan keluarga

Gambar adalah sekadar hiasan

Image via Divawanita

Aku ada seorang kakak angkat. Dia seorang doktor pakar. Aku mengenali dia sejak aku di universiti lagi. Ketika itu dia tengah buat kepakaran.

Dia baru berkahwin dengan seorang ustaz. Suami kerja dan tinggal berjauhan. Perkahwinan jarak jauh ini diatur oleh keluarga tanpa kerelaan. Kira kahwin paksa.

Nasib tak menyebelahi mereka kerana jodoh mereka tak panjang. Akhirnya bercerai. Tak perlu aku ceritakan sebabnya.

Ada juga beberapa peristiwa pergaduhan antara dia dengan ibu bapanya unjuran dari masalah rumah tangganya.

“Itulah ayah, mak! Dulu paksa Fizah (bukan nama sebenar) kahwin dengan si Khairul (bukan nama sebenar) tu. Konon ustaz ni baik dan anak orang kaya. Tengok apa dah jadi. Lepas ni biarkan Fizah dari calon suami sendiri.”

Itu yang selalu dia diluahkan kepada ibubapanya, maksu dan paksu.

“Mie, nanti tengok kak Fizah tu ye. Takut pulak dia jumpa calon suami yang tak tentu. Risau maksu dan paksu ni,” ujar maksu.

“Baik maksu.”

Selepas kegagalan dalam perkahwinan pertama, lelaki ini berkata kakak angkatnya itu secara tiba-tiba memilih untuk mengahwini seorang lelaki muda yang juga adalah 'kaki lepak'

Gambar adalah sekadar hiasan

Image via myZ800

Kak Fizah ni selalu balik kerja agak lambat. Setiap kali dia balik dari kerja mesti kena kacau dengan budak-budak kutu jalanan melepak. Budak-budak ni tak kira petang malam. Selalu melepak sambil berbusking. Masing-masing rokok di tangan.

Ada sekali aku bersama Kak Fizah. Mereka kacau, “Kaklong manis, baru balik kerja ka?”

Alah, biasalah. Kak Fizah ni janda. Janda berhias ni bukan biasa-biasa, dia seorang bakal doktor pakar.

Hari-hari Kak Fizah kena kacau dengan budak-budak muda tu.

Ada satu peristiwa. Semasa aku bersama-sama Kak Fizah dan seorang lagi kawan aku ikut balik ke rumah maksu dan paksu, sekali lagi Kak Fizah di usik.

“Hai Kaklong manis, lambat balik harini? Saya sakit ni kaklong. Bedahlah dada saya,” ujar salah seorang dari mereka. Budak ni namanya Ilham (bukan nama sebenar).

Budak Ilham ni sebaya aku saja. Berambut panjang. Pandai main gitar. Suara dia boleh tahan. Dia ni memang nombor satu suka usik Kak Fizah. Sekali Kak Fizah berhenti dan panggil dia, “Dik ke sini jap.”

Lalu Ilham menghampiri Kak Fizah. Tentu kena budak Ilham ni - aku bermonolog.

“Apa Kaklong?” Ilham kelihatan ketakutan.

Sekali tanpa diduga Kak Fizah bersuara, “siapa nama awak?”

“Saya Ilham Kak.”

“Kalau saya tanya sesuatu awak boleh jawab tak?” Tanya Kak Fizah.

“Boleh Kaklong. Apa dia.”

“Awak nak kawin dengan saya tak?”

Terkejut aku mendengar apa yang Kak Fizah lafazkan. Aku dan rakanku di sebelah Kak Fizah rasa sangat pelik. Biar betul kak Fizah ni.

“Awak dengar tak ni? Boleh awak kawin dengan saya?” Sekali lagi kak Fizah tanya si budak Ilham tu.

“Hmmm... tapi... hmmm” bergamam.

Aku lihat Ilham macam blurr. Mulut terkumat kamit seperti orang nak berkhatan. Ketakutan dan kehairanan. Aku pasti dia terkejut dengan apa yang kak Fizah katakan. Apa taknya, Kak Fizah seorang doktor. Dia hanya kutu jalanan. Dah la jauh lagi muda dari kak Fizah.

“Ok kaklong,” balas Ilham. Muka kehairanan.

“Ok. Baik. Nanti bulan depan kita kawin. Esok saya kita jumpa sini. Kita bincang balik." Ya, aku terkejut.

Perkahwinan di antara wanita dan lelaki tersebut bagaimanapun tetap diteruskan meskipun kurang dipersetujui keluarga

Gambar adalah sekadar hiasan

Image via Pesona Pengantin

Selepas seminggu, maksu dan paksu tahu tentang hal ini. Mereka bertanya kepadaku untuk kepastian. Maksu dan paksu agak marah.

“Macam mana si Fizah ni suka kat budak kutu tepi jalan tu. Pelik. Ni mesti budak Ilham pakai ayat guna-guna.” Itu yang paksu bagitau kepadaku.

Beberapa siri pertengkaran antara kak Fizah dengan paksu. Kak Fizah ada pernah ceritakan.

Akhirnya, mereka melangsungkan perkahwinan. Paksu dan maksu tak mampu menahan kemahuan kak Fizah. Itu pilihan dia setelah perkahwinan pertama dia gagal atas dasar pilihan keluarga. Bukan cinta. Paksu dan maksu akur.

Aku sendiri tak yakin Kak Fizah dan suami barunya mampu bertahan lama. Ia seolah-olah perkahwinan untuk balas dendam kepada ibubapanya. Atau dia sengaja nak sakitkan hati orang tuanya.

Aku sendiri pun tak faham. Biarlah.

Selepas berjumpa kakak angkatnya beberapa tahun kemudian, lelaki ini berkata dia terkejut dengan perubahan yang dialami oleh suami kakaknya itu

Gambar adalah sekadar hiasan

Image via Raudhatul Radhiah

Setelah beberapa tahun lamanya. Aku pun dah jadi doktor. Kak Fizah pun dah jadi doktor pakar. Mereka pun dah berpindah. Kami lama tak jumpa. Hubungan terputus.

“Adik Mie, kak Fizah ni. Nanti datang rumah akak ye. Akak ada buat makan sikit.” Aneh. Sudah sekian lama kak Fizah menghilang, dia hubungi aku.

Aku pergi ke rumah kak Fizah dan ada seorang lelaki yang aku tak kenali mengangkat tangan untuk bersalaman dan menjemput aku masuk.

Lelaki itu segak. Kemas.

“Eh! Siapa ni? Takkan si Ilham kutu tu?” Bermain-main dalam fikiranku.

“Salam Mie. Masuk Mie. Jemput Mie.”

Eh siapalah ni agaknya. Suami baru Kak Fizah pula ke?

Ada seorang lagi tetamu masuk sambil berkata, “salam prof. Ilham.”

Terkejut aku. Adakah Prof Ilham yang aku kenali budak kutu dulu?

Akhirnya aku bertanya kepada kak Fizah sendiri siapakah Prof Ilham. Prof Ilham itu sebenarnya budak kutu jalanan yang sering mengacau Kak Fizah. Kak Fizah bercerita panjang kepada aku.

Setelah mereka kahwin, Ilham menyambung pengajiannya di luar negara. Dia beroleh degree dan kemudian PhD. Kini Ilham bertugas sebagai pensyarah di sebuah Universiti terkemuka di Malaysia.

Pengajaran paling penting, janganlah sesekali kita memandang rendah kepada sesiapa pun.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih menarik di SAYS:

Leave a comment